Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan yang pahit buatmu kawan.

Assalamualaikum semua. pejam celik pejam celik dah nak raya. x sangke cepat mase b'lalu. okay. yang penting raye kali ni x dpt dibayangkan bagaimana keadaannya. i've a bad new today. sejak kebelakangan ni banyak kisah sedih yg t'jadi dlm kelas aku tu. selepas kami dikejutkan dengan kehilangan abang tercinta kepada Alan beberape hari sebelum puase haritu, kami dikejutkan lagi dengan peristiwa sedih yang menimpe seorg lagi kwn kami iaitu akmal yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang dunia akhiratnye. T_T aku dpt tahu hal ni time baru sampai sekolah. anis bagitahu aku yg ibu die dah x der. mule-2 amat musykil utk aku p'caye sbb baru beberape hari lepas aku t'nampak ibu die jemput akmal balik sekolah. lepas dah ramai kecoh pasal tu, baru la hati aku lembut utk terime khabar derita tu. air mata yang sudah bergelinangan di mata masih dapatku tahan. kadang-2 ada setitis juga yg t'lepas ke pipiku. aku cover seboleh yg mampu utk x menunjukkan perasaan sedih. time kat p'himpunan, wajah ibunya bermain-2 di fikiranku. kenape aku t'lalu emo ni? emak die yg pergi bukan mak aku?! aku teringat semua kisah ibunya yang selalu akmal cerite dekat kami semua. ibu die sporting. ibu die kenal aku. ibu die adalah inspirasi kedua selepas mama aku. bagi aku, ibu die hebat sbb walaupun m'hidap penyakit cancer rahim, ibu die tetap tabah. walaupun sakit, ibu die masih mampu gelak ketawa. ibu die rase bangge sbb tahu aku jadikan dirinya sebagai sumber inspirasi hidup aku. dia gembira mendengar p'nyataan yg aku katekan. aku pun happy sbb tahu die gembire dgn kate-2 tu. lepas ni dah x boleh utk aku mengirimkan salam kepada ibunya. aku akan rindu utk menerima balasan salam daripada ibunya. syukur alhamdulillah semalam papa pipah nak tumpangkan kami utk pergi melawatnya buat kali yg terakhir. sesudah sampai di rumah neneknye, aku terus mencapai Yassin dan disedekahkan pahalanya kepada arwah bondanya yang tersayang. Akmal kelihatan tenang walaupun kehilangan org yang t'sayang. aku t'ingt kata-2 die, "aku kesian tngk ibu aku lemah mcm tu. depan die aku senyum je. tapi sebenarnya aku menagis dibelakangnya." selepas jenazah dikafankan, peluang utk menatap wajah bondanya kali terakhir dibenarkan. aku teringin menciumnya, tapi apakan daya, keadaan x mengizinkan. kami kian sebak pabile melihat neneknye yg masih x dpt terima hakikat bahawa anaknye kini telah tiada lagi. aku x dpt nak tahan air mata ni. mengalir dengan derasnye air mate kami. pilunye suasana mase itu. Sampai hari ni pun masih b'legar-2 wajah ibunya dalam fikiranku ini. bagaimanakah pula perasaan dia?! berat mata memandang. berat lagi bahu yang memikul.


 semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yang beriman. Al-Fatihah buat ibundanya yang tercinta. :')